Saturday 15 December 2012

Pengalaman pertama pakai niqab

Assalamualaikum w.b.t.
Harapnya kita sentiasa dilindungi Allah selalu. Ameen.

Pagi ni, abi ajak ummi dan safiya pergi pasar untuk beli barang2 masak kari kambing untuk esok. Syok tu kari kambing.. Ummi jadi suka sangat2 kari kambing sejak kahwin dgn abi. Harapnya, safiya dan bakal anak2 ummi pun suka kari kambing, lagi2 air tangan abi. Sodap sangat....

Sebelum nak gerak, ummi pandang je niqab yang baru dapat kiriman pos semalam. Dalam hati ummi, ummi kata 'nak pakai ke tak? Bawa je la niqab ni. Saje2 buat semangat '.

Sebelum perjalanan ke pasar, kami singgah pejabat pos untuk pulangkan semula abaya. Abi cakap 'tak nak pakai ke niqab?'. Ummi cakap seganlah.. Ummi banyak dosa, banyak kekurangan.. Abi cakap 'Nak ikut sunnah ni, tak perlu tunggu sampai dah jadi cukup baik. Buat je, nanti kita sendiri akan berubah jadi baik'. Bak kata imam Ghazali, ada 3 faktor yg mempengaruhi diri iaitu sahabat, makanan dan pakaian.

Ummi cakap seganlah nak pakai niqab.. Lain masa laa ummi pakai.. Ummi pun pergi pejabat pos sorang2. Betullah orang kata, klu kita tak nak buat sesuatu kebaikan, Allah akan ganti dgn orang lain. Masa ummi membuat urusan pos laju,tetiba masuk seorang pelajar upm yang memakai niqab. Dalam hati ummi terdetik berkata 'rugi yer ummi tak pakai niqab'. Ummi dapat rasakan pelajar itu sangat bertuah kerana berani pakai niqab di universiti,sedangkan ummi masih tak berani. Ish3x...

Selesai urusan, ummi masuk kereta lalu menceritakan pd abi peristiwa tadi. Haaa.... kan Allah dah gantikan pada orang lain. Ummi pun dengan berani sambil selawat terus memakai niqab tersebut. Ummi cakap pada abi, niat ummi kerana:
1. Elak fitnah
2. Tak nak orang laki lain pandang wajah ummi. Wajah ummi special utk abi sorang je tatap..;-)

Tiba di pasar, ummi tunaikan janji ummi untuk pakai niqab. Bismillah dan selawat.. Ummi terus pakai dan alhamdulillah. Abi cakap ummi cantik sangat2. Ummi pn ikut abi beli barang. Waa.. sepanjang pakai nuqab di pasar ni,lain betullah rasanya.. happy lain macam. Sukar digambarkan..

Syok sangat! 
Ummi nk terus pakai niqab ni,tetapi faktor keje menghalang.. apapun,ummi yakin boleh bila ada abi disisi..
Oklah,sampai disini..Love abi and safiya.
Wassalam.; -)

No comments:

Post a Comment