Wednesday 6 February 2013

Makan sushi

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, ummi ada  aktiviti kokurikulum di sekolah. Apa yang ummi nak kongsi di sini adalah sushi.. Kelab ERT ada buat jualan sushi. Ummi pun belilah satu.. Nak buat memang belum pandai. Hehehe .. Ni lah gambar sushi yang ummi beli. Sedap...

Tuesday 22 January 2013

Safiya dah pandai mengiring

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini nk kongsikan berita gembira. Bahawasanya... Nur safiya anak ummi yg comel2 tu dah pandai ngiring.. Nenek safiya ckp kt ummi yg hari ni dah 3 kali safiya mengiring... Waa.. Tahniah safiya.. Ummi doakan safiya cepat jalan ye...

Anak ummi terbaik...<3<3<3

Wassalam..

Ummi

Tuesday 25 December 2012

Mula bekerja selepas 4 bulan cuti

Bismillahir rahmanir rohim.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, ummi mula bekerja semula sejak ummi bersalinkan nur safiya bulan ogos lepas. Cuti bersalin 90 hari dan sambung cuti sekolah akhir tahun.

Bangun pagi ummi nak bangun solat subuh. Baru ummi nak bangun, tiba-tiba safiya  terjaga dan nangis. Safiya macam tahu sahaja ummi nak tinggalkan dia.

Masa ummi siap2 nak gi keje, ummi tgk safiya dah tertidur semula. Dah siap berkemas. Ummi nak tukar lampin dan bg susu pd safiya sebelum pergi kerja. Lepas susu, safiya terus jaga.. Ummi tgk jam dh pukul 8.10am.. Ummi dah lambat.. Meeting pukul 8.30am. Ok,cepat masukkan barang dlm kete dan panaskan enjin. Safiya pandang je ummi.. pelik tgk ummi ye safiya.. mana ummi nk gi ye..
 
Rasa sebak hati tinggalkan safiya.. Ummi tak berani nak pandang wajah safiya td.. Last pandang td, wajah safiya macam memberi maksud, ummi nak gi mana.. Rasa nak menitik air mata, tp tahan je.. Ummi salam nenek, pastu bagi duit ihsan jaga safiya. Terus ummi naik kete.. Dalam kete, menitik juga air mata.. Berpisah dgn anak yg ummi jaga 4 bulan sejak safiya lahir..

Waa... dalam meeting dok ingat safiya je.. bila susu keluar, lagilah teringatkan safiya.. menitis lg air mata..

Ummi tak sabar nak balik tengahari ni.. nak jumpa safiya.. muah3x utk anak ummi yg macam.. :-)

Wassalam.

Saturday 15 December 2012

Pengalaman pertama pakai niqab

Assalamualaikum w.b.t.
Harapnya kita sentiasa dilindungi Allah selalu. Ameen.

Pagi ni, abi ajak ummi dan safiya pergi pasar untuk beli barang2 masak kari kambing untuk esok. Syok tu kari kambing.. Ummi jadi suka sangat2 kari kambing sejak kahwin dgn abi. Harapnya, safiya dan bakal anak2 ummi pun suka kari kambing, lagi2 air tangan abi. Sodap sangat....

Sebelum nak gerak, ummi pandang je niqab yang baru dapat kiriman pos semalam. Dalam hati ummi, ummi kata 'nak pakai ke tak? Bawa je la niqab ni. Saje2 buat semangat '.

Sebelum perjalanan ke pasar, kami singgah pejabat pos untuk pulangkan semula abaya. Abi cakap 'tak nak pakai ke niqab?'. Ummi cakap seganlah.. Ummi banyak dosa, banyak kekurangan.. Abi cakap 'Nak ikut sunnah ni, tak perlu tunggu sampai dah jadi cukup baik. Buat je, nanti kita sendiri akan berubah jadi baik'. Bak kata imam Ghazali, ada 3 faktor yg mempengaruhi diri iaitu sahabat, makanan dan pakaian.

Ummi cakap seganlah nak pakai niqab.. Lain masa laa ummi pakai.. Ummi pun pergi pejabat pos sorang2. Betullah orang kata, klu kita tak nak buat sesuatu kebaikan, Allah akan ganti dgn orang lain. Masa ummi membuat urusan pos laju,tetiba masuk seorang pelajar upm yang memakai niqab. Dalam hati ummi terdetik berkata 'rugi yer ummi tak pakai niqab'. Ummi dapat rasakan pelajar itu sangat bertuah kerana berani pakai niqab di universiti,sedangkan ummi masih tak berani. Ish3x...

Selesai urusan, ummi masuk kereta lalu menceritakan pd abi peristiwa tadi. Haaa.... kan Allah dah gantikan pada orang lain. Ummi pun dengan berani sambil selawat terus memakai niqab tersebut. Ummi cakap pada abi, niat ummi kerana:
1. Elak fitnah
2. Tak nak orang laki lain pandang wajah ummi. Wajah ummi special utk abi sorang je tatap..;-)

Tiba di pasar, ummi tunaikan janji ummi untuk pakai niqab. Bismillah dan selawat.. Ummi terus pakai dan alhamdulillah. Abi cakap ummi cantik sangat2. Ummi pn ikut abi beli barang. Waa.. sepanjang pakai nuqab di pasar ni,lain betullah rasanya.. happy lain macam. Sukar digambarkan..

Syok sangat! 
Ummi nk terus pakai niqab ni,tetapi faktor keje menghalang.. apapun,ummi yakin boleh bila ada abi disisi..
Oklah,sampai disini..Love abi and safiya.
Wassalam.; -)

Wednesday 12 December 2012

Mode 'gila' abaya

Bismillah.
Assalamualaikum.
Harapnya semua sihat walafiat. Sehak akhir ni, ummi dalam mode 'gila' abaya. Ceritanya bermula dari seorang rakan yg tag gambar abaya menyusu dlm fb. Ummi jd teruja pula, lebih2 lg ummi memang kekurangan baju menyusu. Ummi nak jalan keluar asyik nak pakai baju yg sama je. Biasalah perempuan, suka nk cantik dan pelbagai pakaian. Jaga ke, tido ke.. asyik ingat abaya shj.
Pada masa ummi minat sgt abaya, kakchik dari Abaya Elegen Lover pun ada jual niqab. Waa cantiknya orang yg pakai niqab.. Terdetik jg dlm hati utk beli niqab ni.. buat semangat je.. tak nk pakai lg pun. Ummi saje je cakap pd abi, abi belanja la ummi beli niqab. Fuh, abi pun serius nk belanja.. bukan satu tau, tp tiga sekali gus. Waa... terima kasih abang.. Ummi pun terus order 3 jenis niqab, niqab one layer, double layer dan niqab yamani. Cantik sgt.. Ummi tak sabar rasanya nak dapat abaya dan niqab.

Ini pengalaman ummi pertama berbelanja melalui online. Abaya elegen lovers menjadi pilihan ummi yg pertama. Baiklah,sampai dsini sahaja ya.
Ummi sayang abi dan safiya.:-)
Wassalam.

Friday 7 December 2012

Safiya demam

Bismillah.
Assalamualaikum.
Lama pula rasanya tak update blog,sejak safiya demam hampir seminggu.
Ini adalah pengalaman pertama anak kandung sendiri demam. Sungguh sedih apabila anak asyik nangis dan meragam. Saya kenal sangat anak saya. Sejak safiya lahir hingga umurnya masuk 3bulan, safiya anak yang baik. Jarang sekali menangis. Bawa pergi teman ummi jalan-jalan pun,baring senyap je.
Apabila diuji oleh Allah dengan safiya demam,ummi dan abi kelam kabut cari petua utk redakan demam safiya. Alhamdullilah, dapat cari petua2 yang berkesan dan serasi dgn safiya, dengan izin Allah.

Petua rawat anak demam.
Pertama, kami tuam2 badan safiya dgn air suam ala2 dah nak sejuk.(surut panas badan safiya,tapi sekejap je)
Kedua, tuam safiya dgn air asam jawa.(petua mama-nenek johor.surut lama jg panasnya,apepun,kena kerap jg tuam.pastu bangun pagi,badan safiya bau asam..hehe)
Ketiga, lap kepala dan badan baby guna daun(petua mak-nenek serdang)
Keempat,bagi susu badan banyak3..

Alhamdullilah,  Allah sihatkan baby safiya. Bila safiya dah sihat, ummi dan abi pun gembira.  Safiya kembali ceria, tersenyum dan aktif. Syukur ya Allah.

Oklah,sampai sini shj..
Wassalam.
Salam sayang,
Ummi leen ;-)

Monday 19 November 2012

First Anniversary 19.11.12

Bismillah.
Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana masih mengekalkan nikmat hidup berumah tangga kepada kami.
Hari ini genap setahun perkahwinan kami. Kami bernikah pada 19 november 2011. Kemudian, mengadakan majlis walimah pada 20.11.2011 dan 25.12.2012.
Ulang tahun perkahwinan yang pertama ini, abi dan ummi sambut dgn kehadiran baby Safiya dan pasangan angsa Romi dan Fifi. Moga Allah limpahkan barakah dalam keluarga kita. Dalam hidup ini, tiada apa yg penting selain mencari redha dan berkat dr Allah.
Oklah, sampai disini untuk hari ini. Jumpa lg next anniversary.
Ummi sayang abi dan safiya.
Wassalam. ;-)