Tuesday 25 December 2012

Mula bekerja selepas 4 bulan cuti

Bismillahir rahmanir rohim.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, ummi mula bekerja semula sejak ummi bersalinkan nur safiya bulan ogos lepas. Cuti bersalin 90 hari dan sambung cuti sekolah akhir tahun.

Bangun pagi ummi nak bangun solat subuh. Baru ummi nak bangun, tiba-tiba safiya  terjaga dan nangis. Safiya macam tahu sahaja ummi nak tinggalkan dia.

Masa ummi siap2 nak gi keje, ummi tgk safiya dah tertidur semula. Dah siap berkemas. Ummi nak tukar lampin dan bg susu pd safiya sebelum pergi kerja. Lepas susu, safiya terus jaga.. Ummi tgk jam dh pukul 8.10am.. Ummi dah lambat.. Meeting pukul 8.30am. Ok,cepat masukkan barang dlm kete dan panaskan enjin. Safiya pandang je ummi.. pelik tgk ummi ye safiya.. mana ummi nk gi ye..
 
Rasa sebak hati tinggalkan safiya.. Ummi tak berani nak pandang wajah safiya td.. Last pandang td, wajah safiya macam memberi maksud, ummi nak gi mana.. Rasa nak menitik air mata, tp tahan je.. Ummi salam nenek, pastu bagi duit ihsan jaga safiya. Terus ummi naik kete.. Dalam kete, menitik juga air mata.. Berpisah dgn anak yg ummi jaga 4 bulan sejak safiya lahir..

Waa... dalam meeting dok ingat safiya je.. bila susu keluar, lagilah teringatkan safiya.. menitis lg air mata..

Ummi tak sabar nak balik tengahari ni.. nak jumpa safiya.. muah3x utk anak ummi yg macam.. :-)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment