Monday 19 November 2012

First Anniversary 19.11.12

Bismillah.
Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana masih mengekalkan nikmat hidup berumah tangga kepada kami.
Hari ini genap setahun perkahwinan kami. Kami bernikah pada 19 november 2011. Kemudian, mengadakan majlis walimah pada 20.11.2011 dan 25.12.2012.
Ulang tahun perkahwinan yang pertama ini, abi dan ummi sambut dgn kehadiran baby Safiya dan pasangan angsa Romi dan Fifi. Moga Allah limpahkan barakah dalam keluarga kita. Dalam hidup ini, tiada apa yg penting selain mencari redha dan berkat dr Allah.
Oklah, sampai disini untuk hari ini. Jumpa lg next anniversary.
Ummi sayang abi dan safiya.
Wassalam. ;-)

Sunday 18 November 2012

Angsa Fifi dan Romi

18 Nov 2012
Bismillah.
Semalam abi dah pesan pada ummi yang kita akan gerak ke melaka pukul 7.45pg. Jadinya hari ini selepas solat subuh, ummi terus bersiap. Safiya pun bangun awal macam dah tahu pula yg kita nak berjalan.
Dung dang dung dang...
Pukul 8.30pg baru gerak dari serdang.  Alhamdullilah kami sampai ke jalan panglima awang pukul 10pg. Abi berhenti makan kat PETRONAS sementara tunggu peniaga angsa datang. 
Tiba di kebun angsa, kami dapat lihat sepasang angsa yg jinak. Itulah angsa kami rupanya. Abi kata bulunya lembut. Peniaga tersebut masukkan pasangan angsa itu dalam kotak yg tidak bertutup. Insyaallah selamat sampai serdang.
Dah setle,kami pn menuju pulang ke serdang.  Tak sempat nk ronda2 bandar melaka atau river cruise. Huhu.. lain kali la.. sepanjang perjalanan,  angsa okla, tak ada pula mengamuk ke.. Masa perjalanan, kami bincang nama angsa. Kami setuju letak nama angsa jantan ialah Romi, manakala yg betina ialah Fifi.
Petang pula, abi 'touch up' lg reban angsa iaitu pasang atap dan pagar. Alhamdullilah semua siap sebelum azan magrib.  Waktu magrib dan isyak kami di masjid jamek serdang. Malam ni ada ceramah ustaz fauzi. Tajuknya, hak isteri yg membenci suami.. haaa.. mcm menarik je. Hehe.
Oklah,sampai disini.
I love you, abi and safiya.
Wassalam.

Saturday 17 November 2012

Safiya belajar minum guna botol

Bismillah...
Hari ni pertama kali ummi ajar safiya minum susu ibu guna botol. Wah, memang payah. Ummi hulur puting botol, safiya buat main2 guna mulut. Huhu.. ada dalam 3 minit je ummi bg percubaan guna botol.. pastu ummi tgk safiya mcm bosan.  Oklah, kita sambung belajar lain masa pula ye.. insyaallah lama2 safiya pandai nanti. 

Oklah, ummi sayang safiya..
Wassalam.; -)

Wednesday 14 November 2012

Mula memblogging semula

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah..
Berjaya jg membuat blog baru ini..
Lama dah tak memblogging ni..
Tujuan saya untuk blog ini, saya nak kongsi suka duka hidup ini.. buat catatan diri sendiri dan pengajaran anak-anak (cewah..anak bru sorang kot)...
Oklah,cukup sampai sini utk hari ini..
Nak menanda paper exam pula..
Wassalam ^_^